Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday : The Place Where You Can Find These...



Patutnya "Wordless" tapi nak jugak explain..hehe..






Ho Chi Minh City is populated by more than 9 million people. Dan motorsikal di Ho Chi Minh City sahaja ada lebih kurang 5 juta. Merata-rata semuanya guna motor. Banyak gila. Please imagine now..heh 




Where you can always "invest your money"...




Kesan Orange Agent. Masih ada lagi masih hidup dan survive untuk meneruskan kehidupan...




Where you can always find good coffee...sedap..sebab dibancuh dengan fresh milk kut..tapi bau dia serious shit sedap!..







Bangunan ni tak senget ye tangan photograper yang pengko..heh..di Ho Chi Minh City, bangunan semuanya lonjong-lonjong sebab tanah mahal sangat-sangat..approximately USD50,000 per square foot especially in "golden area"..perghh..




Kubur di tengah sawah..ermm tak jumpa pulak orang tengah kebumi..agak-agak macamane nak tanam bila time sawah tengah banyak air ni?? 




Kebanyakan pekerja adalah wanita berhati waja..ehem ehem







Hati-hati jalan bawah ni Cik Salmah....Macamana la dorang nak memasang wayar-wayar ni kan..??...




Satu-satunya muzium yang boleh tangkap gambar yang saya pernah jumpa setakat ni... 








p/s : busy sangat.. tak sempat nak BW dan balas komen..insyaAllah lepas ni cuba nak komen dan BW...

Monday, June 13, 2011

Kalau Jaringkan Gol Sendiri Memang Tekanan Perasaan..

Hai semua. Salam hari Isnin. Harap anda semua sihat sejahtera dan dah puas khado tidur ...      : P


Jom kita cerita-cerita pasal benda-benda menarik yang berlaku hujung minggu lepas. Perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu dan Konsert Akhir Akademi Fantasia .



Menarik betul game Terengganu - Kelantan kelmarin. Penuh suka dan duka gitu. Terengganu berjuang habis-habisan hingga ke titisan peluh terakhir nampaknya. Biasala, orang kata keajaiban berlaku bila-bila masa..Macamana pun perlula positif, kalah menang adat pertandingan. Kalau semua pakat nak menang, sape pulak yang nak kalah? Abis tu, bankrap la company yang buat medal perak dengan gangsa.
  

Kesian pulak rasanya Daudsu Jamaluddin. Yela, disebabkan tersalah tanduk bola ke gol pasukan sendiri, tak pasal-pasal dah keluar macam-macam cerita. Kalau di tengok video berulang kali nampak macam Daudsu tak sengaja. Elokla kita bersangka baik sebab susah jugak nak bajet nak keluarkan bola masa tengah kelam kabut. Kalau sepasukan atau ada yang bersekongkol kemungkinan boleh jadi juga. 


Tapi kan stok-stok yang suka buat onar kat stadium ni masih ada rupanya. Bukan main meriah lagi mercun mengalahkan masa raya cina. Herannya takdela pulak yang terputus sini terputus sana. Ingatkan dapat la dibenteras sejak laser game Indonesia - Malaysia dulu.


Maklumlah, memang sekarang ni tengah heboh tengah jual-beli game sejak menjak cerita pasal pasukan Negeri Sembilan tu. Tolongla jangan main rasuah-rasuah ni. Tak best la. Dah tak genuine dan takde semangat berkobar-kobar dah. Jadi, jauhkan lah dari rasuah bolasepak.


Apa pun tahniahla pada pasukan Terengganu.  


Pasal konsert final Akademi Fantasia pulak. Tak follow tapi ada la tertengok satu konsert mingguan. Time tu pulak Hazama nyanyi happening gila. Jadi, mengikut firasat kompem la Hazama boleh menang. Sedangkan masa Operasi Gugur pun dia boleh masuk balik. 


Semalam pun tengok time Aznil umumkan pemenang je. Part lain memang tak tengok, so tak dapat la nak bergosip.


hazama juara af9


Tak paham betul la kenapala make up mata Hazama selalu gini? Apa pun tahniah la menang. Banyak tuuuu RM200,000.00.


Tapi dah tak dapat rumah ek? heh...