Friday, November 26, 2010

Wasiat Terakhir..Kepentingan Wasiat

Firman Allah yang bermaksud: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 180)
Anda semua dah buat wasiat? Sesetengah daripada kita macam tak peduli nak buat wasiat ke tak sebab bila kita meninggal dunia nanti, harta pusaka kita akan dibahagikan kepada waris secara faraid mengikut nisbah yang dah ditetapkan oleh hukum syarak. 

Tapi sebenarnya, kita boleh mewasiatkan 1/3 daripada keseluruhan harta kepada selain daripada waris yang berhak. Kepentingan wasiat adalah untuk kita namakan pewasi kita. Maksudnya kita dah namakan pewasi (administator) yang akan menguruskan pusaka kita untuk mengelakkan harta pusaka kita dari jadi punca perselisihan faham waris-waris.

Lagi satu, kepentingan wasiat ni, pembayaran hutang tu pun nanti agak teratur juga. Sebab hutang akan diselesaikan terlebih dulu sebelum pembahagian dibuat.

Kebetulan semalam ada urusan kat bank. Pegawai bank tu offer untuk buat wasiat kat situ. Terlupa pulak berapa yurannya. Kalau tak silap RM50 kut. Kalau buat wasiat dengan Amanah Raya Berhad pulak rasanya RM350 untuk Muslim.



Tapi wasiat ni pun yang disediakan oleh Amanah Raya Berhad, yang mana kita akan lantik Amanah Raya Berhad sebagai wasi.

Dalam wasiat ni, disebut supaya semua hutang dan perbelanjaan termasuk tuntutan syarak macam zakat, upah haji dan hutang sesama manusia dibayar seawal mungkin lepas kita meninggal dunia.
Baca lebih lanjut mengenai wasiat di SINI dan SINI.

Ada juga pengurus pusaka komersil seperti Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd yang boleh dilantik untuk menguruskan pusaka. Jenguk laman web nya di SINI.

Boleh juga buat wasiat sendiri kan? Yang penting kena bersaksi (2 orang saksi) dan kena nyatakan ianya wasiat kita yang terakhir dan wasiat-wasiat yang terdahulu tu tak terpakai.

Rasanya penting tak buat wasiat?

15 comments:

mommychaa said...

hi kak. im tasha. very new here. terbaca pasal tajuk kak nih dan rasa interesting kan. dats y nak komen. wasiat mmg penting coz when my dad passed away semuanya xder tulis, hurm nasib my mom yg uruskan semua. for me sekarang nih smua kna ada awal for future, even kna wat simpanan skit kan. hehehe ok kak care to follow my belog at http://sharemyloves.blogspot.com/
thx kak

Unknown said...

hukhukhuk..ku tak punya harta utk diwarisi..

velasrizal said...

penting wasiat ni,, kita mati xtau kan

Jumlah Kutipan Filem 2 Alam

amirah said...

hai natasha : thanks for following..

lydzar : eh ye ke?hehehe..

velasrizal : ye, penting jugak sebab ada juga klien ada masalah pusaka..

ayukhairy said...

sangat penting kan ami...

Sharinginfoz said...

memang bagus ni tapi tak buat lagi, he he

kak ina kl said...

memang penting wasiat ni..tapi kalau haarta tak banyak camner

Anonymous said...

selain wasiat..salah satu cara kita nak elakkan perebutan harta melalui kita agih2kan harta siap2 semasa hayat...but biasanya persepsi masyarakat(x semua) akan kata "tgk anak2 dia tuh...bapaknya belum pun mati tp dah berebut2 suruh agih2 harta"...contoh ye...sedangkan ia penting utk elakkan timbul baaaaaanyk masalah kemudian hari...kalau yg tinggal pewaris yg ada ilmu...tak tamak...tak pentingkan diri sdri...ok la. tp bab harta nih...hurmmm...x bleh ckp la...sanggup berbunuh adik beradik pun ada.senang cita...x payah la kumpui harta byk2 sgt...tinggalkan waris/anak2 dgn ilmu...bukan harta dunia...itu jauh lebih baik kan?

Lady of Leisure said...

agree pentingnya wasiat.. kadang2 kita tak pikir pun benda2 gini kan, bila dah jadi baru nak fikir hehe.. tq untuk entry ni.. tq for sharing..

nur said...

betul.. penting..
ALL IN ONE

suhaisweet said...

tokey susu dtg ni..mana ibu2 mengandung? sapa yg call aku suruh dtg td nih? Isk ;D

Unknown said...

penting. sebab kita pon tak tahu bila kita meninggalkan dunia ini

amirah said...

ayu : penting jugak sebab ada beberapa klien yg susah nak bahagikan harta..

amirah said...

bro nik : penting rasanya. Sebab nanti kita akan update dari masa ke semasa harta dan hutang kita

kak ina kl : eh, buku2 resepi akak tu nanti anak2 berebut tau..huhu

amirah said...

roho : yup, setuju.tinggalkan la ilmu byk2. Bab2 harta ni memang manusia ni boleh jadi kelabu mata. Time tu la macam2 benda yang timbul. Memang bagi sebelum meninggal tu yg terbaik. Tapi tak menjamin adik beradik tak bergaduh masa tu..

lady : yup, ada klien yg face prob sebab tak tinggal wasiat. tambah2 lagi masing2 berebut nak jadi administrator sebab administrator boleh dapat upah

nur : yup, agree

suhaisweet : alamak, datang jual susu apa ni?huhu..

cik epal : eh, cik epal dtg belog saya la..hehe..thanks ye. Yup, penting sebagai persediaan menghadapi kematian