Friday, November 12, 2010

Takziah : Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Rasanya hampir semua tahu Mohd Shamrin Abdul Samad atau Shamrin penyanyi kumpulan Fotograf meninggal dunia semalam. Allahyarham dikatakan pitam di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru masa tengah main bola sepak. Allahyarham baru 45 tahun dan ada anak masing-masing 17, 5 dan 1 tahun.

Umur 45 tahun dikira muda kan? Lepas tu anak-anak masih kecil lagik. Punca kematian allahyarham Shamrin dikatakan sebab jantung gagal berfungsi.

Rasanya dah banyak kali dengar tentang kematian atas padang bola. Banyak kali. Sebab bola sepak memerlukan pemain berlari seluruh padang dan boleh dikatakan tanpa henti. Ish, bahaya juga kan, terutama yang memang dah ada penyakit.

Pernah juga dengar tentang bahaya main badminton sebab badminton lagila memerlukan pemain bergerak dalam court tanpa henti.

Dalam suratkhabar Kosmo, dikatakan faktor keturunan adalah punca sakit jantung di kalangan orang muda dalam lingkungan 30 an hingga 40 an. Dinasihatkan sesiapa yang memang mempunyai ahli keluarga terdekat yang ada penyakit jantung untuk lakukan pemeriksaan kesihatan sekiranya dah mencecah umur 30.

Adoi..jadi risau pulak dengan Husben saya ni. Nenek, mak, pak cik sebelah dia memang ada penyakit jantung yang agak kronik, pernah buat by pass bagai. Lepas ni kena workout ni...joging ke..usung Ahmad sekali la..

Apa lagi cara nak elak dari penyakit jantung ni..? Lahai..tulunn


7 comments:

ayukhairy said...

pemakanan pun kena jaga juga kan..takziah utk keluarga beliau

wahida said...

alfatihah utk arwah...
anyway, saya follow awak, kalau sudi follow me back k...salam kenal...

nur said...

alfatihah ..
jaga kesihatan kita
ALL IN ONE

Lady of Leisure said...

takziah pada keluarganya... moga rohnya tenang di sana..

azzey said...

amirah: selalu kalau mengejut mcm ni mesti serangan jantung kannn....Al-Fatihah utk aruah...

amirah said...

ayu : betulll...pemakanan penting tu..

armouris : thanks for the info

wahida : salam prkenalan

nur : yeap, kena sntiasa jaga kesihatan

lady : yup lady..kesian kat anak2 dia..

azzey : tu la azzey..selalunya yg muda2 kena camni..

Sharinginfoz said...

Al-Fatihah